KEJOHANAN CATUR PIALA YDP 2026
Kejohanan Catur Piala Yang Dipertua MPD 2026 telah berlangsung pada 17 Februari 2026 (Selasa) di Dewan Ibnu Khaldun, MPD.
Majlis telah dirasmikan oleh YDP MPD, YBhg. Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif.
Seramai 142 peserta B12 dari Terengganu, Kelantan, Johor, Kuala Lumpur dan Pahang telah mengambil bahagian. Jumlah hadiah tunai berjumlah RM3,800, termasuk Piala YDP (Juara Terbuka) dan medal kepada para pemenang.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Catur Daerah Dungun dengan kerjasama Majlis Perbandaran Dungun dan Kementerian Belia dan Sukan.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.









