KUNJUNG HORMAT PIHAK LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH) KEPADA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN (MPD)
YBrs. En. Rashdan bin Muda, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun telah menerima kunjung hormat delegasi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah yang telah diketuai oleh YM. Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar (KETENGAH).
Dalam pertemuan tersebut kedua-dua agensi saling berkongsi idea mengenai pembangunan bandar dan luar bandar serta berbincang mengenai isu-isu perbandaran yang dihadapi oleh kedua-dua agensi dan kaedah penyelesaian yang terbaik dalam menangani masalah tersebut.