Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Encik Mohd Nasir bin Kasim, telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Bank Muamalat Cawangan Kemaman dan Maybank Cawangan Paka di pejabat MPD. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama sedia ada antara kedua-dua pihak di samping mengeratkan jaringan komunikasi yang lebih efektif. Selain itu, pertemuan ini turut menjadi platform perbincangan berkaitan perkhidmatan perbankan, kemudahan semasa serta cadangan penambahbaikan yang dapat menyokong kelancaran urusan kewangan dan pentadbiran MPD pada masa akan datang.









