KUNJUNGAN HORMAT BPTM SUK TERENGGANU KE MPD

Pada 30 April 2026 (Khamis), jam 10.30 pagi, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menerima kunjungan rasmi daripada rombongan kakitangan Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat(BPTM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang diketuai oleh Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (BPTM), En. Azhar bin Bidin.

Rombongan ini telah disambut oleh Tuan Setiausaha MPD, En. Mohd Adzhar bin Mohd Zahari bersama Pegawai Teknologi Maklumat MPD, Nor Afni Raziah binti Alias, serta ketua-ketua jabatan dan warga kerja MPD yang terlibat secara langsung dalam memperkasa inisiatif perkhidmatan digital.

Kehadiran ini adalah bersempena pelaksanaan Mesyuarat Kick-Off Terengganu Pay & Majlis Penyerahan Kiosk Terengganu Pay yang berlangsung dengan penuh komitmen dan semangat kolaborasi strategik.

Program ini menjadi titik tolak penting dalam memperkukuhkan ekosistem pembayaran digital di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), selaras dengan aspirasi pendigitalan negeri. Inisiatif ini bukan sekadar transformasi teknologi, tetapi juga langkah progresif ke arah meningkatkan kecekapan perkhidmatan, memudahkan urusan rakyat, serta menyemai kemajuan yang berterusan demi keberkatan dan kesejahteraan warga Dungun.

Sesi penyerahan kiosk Terengganu Pay turut menjadi simbolik kepada kesepaduan usaha dan iltizam semua pihak dalam merealisasikan perkhidmatan awam yang lebih pintar, inklusif dan berimpak tinggi.

MPD terus melangkah ke hadapan membina masa depan yang lebih lestari, cekap dan sejahtera untuk komuniti Dungun.

#MPD #TerengganuPay #SmartCity #DigitalTransformation #DungunSejahtera

683793906 1432220458930632 4144634586645969476 n

Pin It
  • Kemaskini Pada : Rabu 20 Mei 2026, 04:12:41.

pelawat sejak 2016

01373765

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi