LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB) KE TAMAN KUCING DUNGUN, BUKIT BAUK

LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB) KE TAMAN KUCING DUNGUN, BUKIT BAUK
21 Oktober 2026 (Rabu)
Majlis Perbandaran Dungun (MPD) berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi sesi lawatan penanda aras ke Taman Kucing Dungun, Bukit Bauk.
Delegasi yang diketuai oleh Dr Hajjah Aslinda binti Salikin, Pengarah Jabatan Kesihatan turut disertai oleh LAr. Hajah Mustika Ally binti Zulkifli, Pengarah Jabatan Landskap beserta kakitangan lain yang terlibat.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik, pengalaman serta pendekatan pengurusan Taman Kucing Dungun, khususnya dalam aspek penjagaan dan kebajikan kucing terbiar.
MPD berharap agar perkongsian ilmu dan pengalaman ini dapat memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha memperkasakan pengurusan kebajikan haiwan yang lebih sistematik dan berkesan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada delegasi MBJB atas kesudian mengadakan lawatan penanda aras ini serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakannya.
Pin It
  • Kemaskini Pada : Ahad 25 Oktober 2026, 02:24:38.

pelawat sejak 2016

01448348

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi