MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) BULANAN & TAHUNAN MPD

Tarikh: 27 Julai 2025

Lokasi: Dewan JKR, Dungun

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) telah diadakan bagi menghargai warga kerja MPD yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam tugas dan komitmen sepanjang tahun.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPD, Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif, yang turut menyampaikan amanat dan penghargaan kepada semua penerima. Tahniah diucapkan kepada:

🏅 20 penerima APC Bulanan bagi tempoh Januari hingga Mei 2025

🏅 25 penerima APC Tahunan bagi tahun perkhidmatan 2024

Majlis ini merupakan simbol penghargaan kepada penjawat awam MPD yang komited, berdedikasi dan menjadi contoh teladan kepada seluruh warga kerja.

Semoga penghargaan ini terus menyemarakkan semangat kerja cemerlang dan budaya integriti dalam perkhidmatan awam.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1202903491862331&id=100064280755985&rdid=JWkKe3Lu8FEvBNhW

 

523903546 1202903451862335 3539370155193413651 n

Pin It
  • Kemaskini Pada : Isnin 27 Oktober 2025, 03:37:13.

pelawat sejak 2016

01313893

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi