Majlis Perasmian Taman Kucing Dungun & Pelancaran Direktori Daerah Dungun

Majlis Perasmian Taman Kucing Dungun & Pelancaran Direktori Daerah Dungun

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERASMIAN TAMAN KUCING DUNGUN, BUKIT BAUK DAN PELANCARAN DIREKTORI DAERAH DUNGUN.

Tarikh: 12 APRIL 2021 (ISNIN)

Masa: 11.00 pagi

Tempat: TAMAN KUCING DUNGUN, BUKIT BAUK

Taman Kucing Dungun adalah satu inisiatif kami untuk memastikan kawasan tumpuan awam bebas daripada gangguan kucing jalanan dan pada masa yang sama memastikan haiwan ini terjaga. Inisiatif ini telah dimulakan pada tahun 2012 di Teluk Lipat namun lokasi itu tidak lagi sesuai untuk penempatan kucing jalanan. Justeru pihak MPD telah memutuskan untuk memindahkan ke Taman Rimba Bukit Bauk pada Julai 2020 kerana kawasan ini lebih sesuai sekali gus menjadi satu lagi destinasi pilihan bagi pencinta kucing. Terdapat lima(5) sangkar pengasingan disediakan mengikut kategori kesihatan haiwan iaitu Unit Rawatan Rapi, Unit Pemulihan, Unit Kucing Bahagia serta Wad Rawatan Ibu dan Anak. Taman Kucing Dungun ini dijaga oleh kakitangan MPD dan waktu operasi taman ini adalah pada setiap hari bermula jam 7.30 pagi sehingga 4.30 petang. Setakat ini tiada sebarang bayaran masuk dikenakan kepada pelancong, malah Kawasan ini juga sesuai dijadikan pusat rekreasi untuk keluarga yang cintakan alam semulajadi. Kami juga menggalakkan pengunjung untuk menyumbang makanan, ubat-ubatan, peralatan dan sumber kewangan untuk menampung keperluan kucing tersebut.

Majlis Perbandaran Dungun juga telah berjaya menghasilkan sebuah Direktori yang mana Direktori tersebut menyediakan maklumat berkaitan tempat-tempat penting di sekitar Daerah Dungun seperti jabatan-jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, tempat-tempat menarik, masjid dan sebagainya.

Kedua – dua majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli, Ahli Parlimen Dungun.

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

#MPD

#SayangiDungun

#TamanKucingDungun

#DirektoriDaerahDungun

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
  • Kemaskini Pada : Khamis 18 April 2024, 01:41:57.

pelawat sejak 2016

01150764

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN