Majlis Perbandaran Dungun Giat Melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Ke Atas Bangunan Tanpa Kelulusan Dan Tunggakan Bayaran Permit Sementara

Majlis Perbandaran Dungun Giat Melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Ke Atas Bangunan Tanpa Kelulusan Dan Tunggakan Bayaran Permit Sementara

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) giat melaksanakan operasi penguatkuasaan ke atas bangunan tanpa kelulusan dan tunggakan bayaran permit sementara di kawasan pentadbirannya bermula 16 Oktober hingga 16 November 2019.

Operasi bangunan tanpa kelulusan membabitkan rumah yang dibuat binaan tambahan dan ubah suai rumah kediaman serta dibina tidak mengikut pelan bangunan diluluskan. Ini kerana binaan bangunan baru serta tambahan bangunan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Bagi permit sementara, mana-mana permit bangunan yang mempunyai tunggakan bayaran permit tahunan akan dikenakan sitaan dan perlu menyelesaikan tunggakan permit selewat-lewatnya 31 November 2019.

Yang Dipertua MPD, Lizan bin Che Mat berkata, operasi berkenaan melibatkan Jabatan Kawalan Bangunan dan Jabatan Penguatkuasaan dengan kakitangan seramai 40 orang.

“Tujuan operasi ini diadakan dan diumumkan adalah untuk memberi peluang kepada semua pemilik premis dan bangunan agar berunding dengan MPD serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan pembangunan lebih mampan bertemakan maju berkat dan sejahtera” katanya.

Beliau juga meminta pemilik rumah yang terbabit supaya segera hadir ke Jabatan Kawalan Bangunan, MPD bagi mendapatkan keterangan dan maklumat lanjut.

Image
Image
  • Kemaskini Pada : Selasa 20 Februari 2024, 07:55:20.

pelawat sejak 2016

01141631

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN