MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN (MPD) MENYERTAI TOMOROW.CITY SHANGHAI 2026

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) menyertai Tomorrow.City Shanghai 2026, yang berlangsung pada 21 hingga 24 September 2026 dengan tema “Thriving Through Diversity”. Program ini menjadi ruang untuk bandar dari seluruh dunia berkongsi pengalaman dan idea ke arah pembangunan yang lebih pintar, mampan dan berpusatkan rakyat.
Mewakili Tuan Yang Dipertua MPD, Puan Nor Afni Raziah binti Alias, Pegawai Teknologi Maklumat MPD, dan Puan Nora binti Othman, Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa MPD yang menyampaikan pembentangan bertajuk “From Smart Waste to Smart Space: Dungun’s Journey Towards a Smarter, Sustainable City”.
Daripada perkhidmatan harian kepada pengalaman di ruang bandar, langkah MPD berpaksikan satu matlamat: teknologi yang memberi manfaat nyata kepada warga Dungun. Penyertaan di Shanghai membuka peluang untuk berkongsi usaha ini, menimba perspektif baharu dan membina jaringan ke arah aspirasi Smart City Ideal Dungun 2030.
Dungun melangkah, dunia memandang.
📲 JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW & SHARE!
Ikuti perkembangan terkini Majlis Perbandaran Dungun (MPD) melalui platform rasmi kami:
Pin It
  • Kemaskini Pada : Ahad 18 Oktober 2026, 03:41:44.

pelawat sejak 2016

01445346

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi