MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN: TERENGGANU SMART CITY ACTIVATION DAY 2026 (TSCA.26)

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN: TERENGGANU SMART CITY ACTIVATION DAY 2026 (TSCA.26)
Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menyertai Terengganu Smart City Activation Day 2026 (TSCA.26) yang berlangsung pada 19 Oktober 2026 di Duyong Convention Centre, Terengganu, sebagai pempamer dengan tema “THE SHIFT: Beyond Technologies, Towards Better Lives”.
Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui PLANMalaysia Terengganu dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta rakan strategik ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu, yang mewakili YAB Menteri Besar Terengganu.
Lebih membanggakan, MPD telah berjaya meraih Bronze Innovation Award bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan (Terengganu) sempena Terengganu Smart City Innovation Award 2026 (TSCA.26) menerusi inovasi Sistem Kutipan Sisa Domestik (KSD). Anugerah ini telah diterima pada malam Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2026, sekali gus melayakkan MPD menerima wang tunai berjumlah RM20,000 berserta trofi.
Kejayaan ini merupakan hasil komitmen dan kerjasama Jabatan Kebersihan Awam dan Pelesenan serta Bahagian Teknologi Maklumat MPD dalam memperkukuh kecekapan pengurusan kutipan sisa domestik dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan perbandaran melalui inovasi.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga MPD serta semua pihak yang terlibat! Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam merealisasikan aspirasi Dungun Smart City 2030.
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
MESRA, PANTAS, DINAMIK
Pin It
  • Kemaskini Pada : Ahad 25 Oktober 2026, 02:24:38.

pelawat sejak 2016

01448348

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi