Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan MPD 2024
Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Dungun bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 telah berlangsung pada 8 September 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Heritiera Littoralis, MPD.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif, Yang Dipertua MPD, bersama kehadiran Encik Mohd Faidzal bin Abu, C.A (M), Pengarah Audit Negeri Terengganu mewakili Ketua Audit Negara, serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Audit Negara Negeri Terengganu.
Sesi ini bertujuan membentangkan dapatan audit serta cadangan penambahbaikan pengurusan kewangan MPD, ke arah meningkatkan akauntabiliti, ketelusan, dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Dungun.
MPD merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Audit Negara atas kerjasama erat yang terjalin.