Pembangunan Landskap Perbandaran Dungun

Pembangunan Landskap Perbandaran Dungun

Majlis Perbandaran Dungun sedang membangunkan sebuah projek iaitu Pembangunan Landskap Perbandaran Dungun yang telah dibahagikan kepada tiga zon landskap utama yang melibatkan 14 kawasan.
Zon 1: Jajaran pintu masuk Bandar Dungun yang meliputi Simpang 3 Sura, SuraGate, Poket Land 1, Persimpangan Muzium dan Padang Astaka. Kawasan ini juga meliputi sepanjang Jalan Yahya Ahmad.
Zon 2: Landskap persisiran Sungai Kuala Dungun yang merangkumi kawasan Promenade Hadapan Pasar Dungun, Taman Benteng (LKIM) dan Medan Ikan Bakar.
Zon 3: Landskap persisiran Pantai Teluk Lipat yang meliputi dari Medan Ikan Bakar ke Taman Lay-By, Hub Hentian basikal ‘Gohek’, Headland 1, Headland 2 dan kawasan gerai tumpuan di Sura Jetty.
Zon 1- Simpang 3 sura
Reka bentuk papan tanda DUNGUN dan Menara Jam merupakan keunikan sebagai Mercu Tanda baru bagi Dungun yang bakal menarik perhatian pengunjung yang datang ke Dungun.
Jalinan hijau juga diwujudkan di sekitar kawasan tapak projek serta penyediaan laluan dan lintasan perjalan kaki berfungsi untuk merangka hubungan bagi kawasan aktiviti berhampiran seperti dari kawasan Pasar Buah, kawasan Komersial serta aktiviti carboot sale.
Projek ini akan menaiktaraf keseluruhan landskap di kawasan pusat bandar Dungun dan memberi imej baru untuk bandar Dungun.
Gambaran perspektif menunjukkan idea perlaksanaan pembangunan di kawasan Persimpangan Sura Gate.
Image
Image
  • Kemaskini Pada : Selasa 20 Februari 2024, 07:55:20.

pelawat sejak 2016

01141630

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN