PERTANDINGAN PROGRAM KEMPEN MEDAN SELERA BERSIH 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Isnin, 11 Mei 2026 — Medan Selera Sura Gate telah terpilih sebagai salah satu medan selera di bawah seliaan Majlis Perbandaran Dungun bagi menyertai Pertandingan Program Kempen Medan Selera Bersih 2026 Peringkat Negeri Terengganu.

Program ini merupakan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun serta Majlis Perbandaran Dungun.

Pertandingan ini melibatkan tiga kategori iaitu:

🔹 Kategori A – Medan Selera Kategori PBT

🔹 Kategori B – Medan Selera Hentian Rehat dan Rawat (R&R)

🔹 Kategori C – Medan Selera Swasta

Sesi penjurian telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bagi menilai tahap kebersihan, pengendalian makanan serta persekitaran medan selera yang selamat dan kondusif.

Turut hadir meninjau dan memantau tahap kebersihan medan selera tersebut ialah Encik Mohd Adzhar bin Mohd Zahari, Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun bagi memastikan aspek kebersihan, keselamatan makanan dan keselesaan pengunjung sentiasa berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan pengguna.

Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkasakan budaya kebersihan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan dan imej medan selera di daerah Dungun.

698948706 1442509311235080 8399261538959917639 n

Pin It
  • Kemaskini Pada : Rabu 20 Mei 2026, 04:12:41.

pelawat sejak 2016

01373765

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi