P
ROGRAM BERSIH PANTAI TELUK LIPAT 2026
21 Mei 2026 (Khamis)
Pantai Teluk Lipat, Dungun
Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menganjurkan Program Gotong-Royong Bersih Pantai Teluk Lipat sebagai salah satu inisiatif Program Local Agenda 21 (LA21) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun, Encik Mohd Adzhar bin Mohd Zahari.
Turut hadir memeriahkan program ialah Ahli Majlis MPD iaitu Puan Serena Lim binti Abdullah dan Puan Khairiah binti Mokti, wakil Pejabat Daerah dan Tanah Dungun, ketua-ketua jabatan MPD, wakil agensi serta para peserta yang terdiri daripada pelbagai komuniti setempat.
Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pantai, memelihara ekosistem marin, serta memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam memelihara alam sekitar.
Adalah diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan bagi memastikan Pantai Teluk Lipat sentiasa bersih, indah dan lestari, seterusnya memperkukuh peranan komuniti dalam menjayakan agenda pembangunan mampan di Daerah Dungun.









