PROGRAM GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN PERSISIRAN PANTAI DUNGUN BAGI TAHUN 2026

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menganjurkan Program Gotong-Royong Pembersihan Persisiran Pantai Dungun Bagi Tahun 2026 dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Dungun (PDTD), Jabatan Kerja Raya (JKR) Dungun, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Dungun, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kontraktor Pembersihan MPD bagi gotong-royong pembersihan sepanjang Pantai Dungun pada hari ini. MPD turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan penglibatan seramai 50 sukarelawan daripada Geng Plastik Ija (GPI) Dungun, Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Dungun dan Kelab Rakan Muda Dungun dalam program ini.

Komitmen dan kerjasama yang tinggi daripada agensi terlibat melalui penyediaan jentera, lori serta sumbangan tenaga kerja oleh para peserta telah melancarkan pelaksanaan program ini. Kerjasama ini amat dihargai memandangkan Pantai Dungun ketika ini dipenuhi dengan sisa kayu hanyut dan sisa sampah laut akibat musim tengkujuh atau monsun tempoh lalu. Melalui program ini, sebanyak 324 kilogram sisa sampah dan 40,730 kilogram sisa kayu hanyut telah berjaya dikumpulkan.

MPD sentiasa berusaha melaksanakan pembersihan secara berperingkat bagi memastikan Pantai Dungun sentiasa bersih, selesa dan kembali indah buat warga Dungun. MPD juga mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan orang awam dan semua pihak yang turut bersama dalam memelihara kebersihan Pantai Dungun sama ada secara langsung atau tidak langsung.

#DungunBandarMampan

#DungunBandarBahagia

#DungunBandarPrihatin

#TMBS

#SayangiDungun

#Id2025

#SayaCaknaKebersihan

#SampahSayaTanggungjawabSaya

#SayaBawaPulangSampahSaya

621725813 1351297430356269 5616240163801414472 n

Pin It
  • Kemaskini Pada : Isnin 26 Januari 2026, 03:29:44.

pelawat sejak 2016

01331421

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi