Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah mengadakan Program Kitar Semula dengan kerjasama syarikat Awie Metal Sdn. Bhd. dan Sally Global Enterprise bagi pengumpulan barangan kitar semula, e-waste dan minyak masak terpakai. Program ini berkonsepkan Trash to Cash dimana penyumbang menerima ganjaran wang tunai mengikut jenis dan kuantiti barangan kitar semula yang dihantar, termasuk e-waste (sisa elektronik).
Keberhasilan daripada pelaksanaan program ini, MPD telah berjaya mengumpul 4,397 kilogram barangan kitar semula, 482 kilogram e-waste (sisa elektronik) dan 948 kilogram minyak masak terpakai. Kejayaan ini jelas membuktikan tahap kesedaran dan komitmen warga Dungun dalam mengamalkan budaya kitar semula amat wajar dipuji, sekaligus membantu mengurangkan jumlah sisa yang berakhir di tapak pelupusan.
Program ini bukan sahaja menyokong usaha kelestarian alam sekitar, malah turut memberi manfaat ekonomi melalui kaedah insentif tersebut kepada individu dan komuniti setempat.
Terima kasih warga Dungun atas semangat hijau anda!
Teruskan menyokong inisiatif lestari ini demi bumi Dungun yang lebih bersih, sihat dan mampan ![]()
![]()









