PROGRAM RANCANGAN KAWASAN KHAS PANTAI TELUK LIPAT

DUNGUN, 27 April 2026 – Sesi pengenalan perunding bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pantai Teluk Lipat telah diadakan hari ini sebagai langkah awal ke arah pembangunan kawasan tersebut secara lebih terancang dan mampan.

Sesi berkenaan bertujuan memperkenalkan pasukan perunding serta membentangkan hala tuju awal pembangunan Pantai Teluk Lipat, termasuk peranan yang akan dimainkan oleh setiap pihak terlibat dalam menjayakan kajian tersebut.

Kajian RKK ini diharapkan dapat mengekalkan keunikan Pantai Teluk Lipat, menyeimbangkan pembangunan dengan pemeliharaan alam sekitar, selain meningkatkan daya tarikan pelancongan serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Dalam majlis sama, turut diadakan penyampaian mock cek berjumlah RM500,000 bagi pelaksanaan Program Bandar Selamat 2.0 tahun 2026. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengarah PLANMalaysia, YBhg. Dato’ TPr. Dr. Alias bin Rameli, dan akan dilaksanakan di kawasan Pantai Teluk Lipat.

Usaha ini dilihat sebagai satu inisiatif bersepadu dalam memperkukuh pembangunan bandar yang selamat, inklusif dan berdaya huni.

Apa pandangan anda semua?

Apakah yang perlu ditambah baik di Pantai Teluk Lipat?

Kongsikan idea dan cadangan anda di ruangan komen👇🏻

680580401 1430282362457775 8663789039855174222 n

Pin It
  • Kemaskini Pada : Selasa 28 April 2026, 04:10:46.

pelawat sejak 2016

01367440

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi