Rantau Abang jadi tumpuan 2,500 pencinta penyu

Rantau Abang jadi tumpuan 2,500 pencinta penyu

DUNGUN 17 Sept. - Rantau Abang di sini yang sinonim dengan penyu dan sekian lama sepi, kini kembali menjadi tumpuan kira-kira 2,500 orang bagi menyaksikan pelepasan 1,922 ekor anak penyu di pantai itu petang semalam.

Kesemua anak penyu yang dilepaskan itu baharu sahaja 24 jam ditetaskan melibatkan 10 sarang di lokasi Pusat Santuari Rantau Abang di sini.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun.

Yang turut hadir Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Lizan Che Mat dan Ketua Cawangan Mamalia Marin (FRI) Rantau Abang, Jabatan Perikanan Malaysia, Mohd.Tamimi Ali.

Alias berkata, pihaknya bangga apabila Jabatan Perikanan Malaysia memilih Kampung Rantau Abang sebagai tempat pelepasan anak penyu Agar dan usaha itu diharap mengembalikan populariti Rantau Abang sebagai lokasi pendaratan penyu.

“Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha ini kerana ia mampu beri suatu pulangan kepada sosial ekonomi anak-anak tempatan dan juga dari sudut pelancongan negeri Terengganu.

“Pernah suatu ketika dahulu, pendaratan penyu di Kampung Rantau Abang mencecah sehingga 120 ekor satu malam. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dengan slogan ‘Pulang Kembali’, kita berharap suatu hari nanti sekurang-kurangnya 20 ekor penyu mendarat di sini setiap malam,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan itu.

Sementara itu, Zawawi pula berkata, secara saintifiknya setiap 1,000 ekor anak penyu yang dilepaskan, hanya seekor yang akan kembali mendarat.

“ Pada tahun lalu sebanyak 300,000 ekor anak penyu dilepaskan dan dijangka 300 ekor akan kembali mendarat. Dari Januari hingga September tahun ini, sebanyak 600,000 ekor anak penyu telah dilepaskan dan kita berharap 600 ekor akan mendarat dalam masa 20 tahun akan datang.

Tambahnya, sepanjang tahun 2018, sebanyak 60 ekor penyu mati di Terengganu akibat terkena kipas bot dan alat-alat menangkap ikan dan sepanjang tahun ini, sembilan ekor penyu sakit akibat tertelan plastik sebelum dilepaskan semula ke laut. - UTUSAN ONLINE

  • Kemaskini Pada : Rabu 24 April 2024, 03:37:21.

pelawat sejak 2016

01151746

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN