TAHNIAH MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN

TAHNIAH MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menerima Sijil Penghargaan Pengiktirafan Cemerlang dalam pelaksanaan Program Local Agenda 21 (LA21) / Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) Tahun 2026 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Bahagian Kesejahteraan Komuniti.
Sijil penghargaan ini telah disampaikan pada 27 Oktober 2026 bertempat di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen dan usaha berterusan MPD dalam memperkasa penglibatan komuniti, meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta melaksanakan pembangunan bandar yang mampan dan inklusif.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga MPD serta semua pihak yang telah menyumbang kepada pencapaian ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti demi kesejahteraan warga Dungun.
MPD Terus Cemerlang, Komuniti Sejahtera!
 
JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW & SHARE!
Ikuti perkembangan terkini Majlis Perbandaran Dungun (MPD) melalui platform rasmi kami:
Pin It
  • Kemaskini Pada : Khamis 29 Oktober 2026, 02:32:55.

pelawat sejak 2016

01449885

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Portal rasmi Majlis Perbandaran Dungun

TERENGGANU PAY

privasi