TAKLIMAT BAZAR RAMADAN DAN MOREH LESTARI 2026
09 Februari 2025 (Isnin) Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menganjurkan Taklimat Bazar Ramadan dan Moreh Lestari 2026 yang bertemakan slogan “Kurangkan Sisa, Gandakan Pahala” sebagai langkah persediaan awal bagi memastikan penganjuran bazar Ramadan dan moreh di sekitar Daerah Dungun dilaksanakan secara teratur serta mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Nurulrabiatul Adawiyyah bt Awang, Penolong Pengarah Bahagian Pelesenan MPD; Encik Jaharudin bin Sulong, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun; serta Encik Azeri bin Hamzah, Penolong Pegawai Tadbir, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Cawangan Kuala Terengganu. Taklimat ini menekankan aspek penggunaan produk biodegradasi, pengendalian dan keselamatan makanan, serta pengenalan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) dan Bazar Ramadan Rahmah 2026.
Program yang telah dihadiri oleh seramai 111 orang peniaga ini diharap dapat berjalan dengan lancar, selamat serta memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung khususnya warga Dungun.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
FACEBOOK: mpdungun
Website: Majlis Perbandaran Dungun
Bahagian Pelesenan, Jabatan Kesihatan Awam Dan Pelesenan









