REPRESENTASI LOGO TERENGGANU SMART CITY ACTIVATION DAY 2024 Penghasilan logo SMART TERENGGANU 2040 mencerminkan konsep yang dibawa di dalam mencapai People Centric Smart City yang berpandukan isu semasa yang dihadapi oleh rakyat Terengganu. Logo ini dihasilkan bagi menerapkan perasaan tanggungjawab atau sense of belonging kepada agensi-agensi dan pemegang taruh yang terlibat di dalam usaha membangun dan merancang negeri Terengganu sebagai sebuah negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera. Penghasilan logo Smart Terengganu 2040 mendokong prinsip atau identiti negeri Terengganu yang kaya dengan budaya masyarakat melayu yang berlandaskan ajaran Islam. Penerapan konsep bandar pintar di negeri Terengganu akan menggunakan teknologi moden yang meluas dengan mengaplikasikan IoT, 5G, AI dan Revolusi Industri 4.0 di samping memelihara identiti negeri sebagai sebuah negeri yang menitikberatkan kesejahteraan rakyat dan prinsip Islam. #TerengganuMajuBerkatSejahtera
|