bukit tebuk terowong

Bukit Tebuk

Image
SEJARAH BUKIT TEBUK & PERKEMBANGAN
Kerja-kerja menebuk sebuah bukit di Kampung Nibong dilakukan pada tahun 1932 oleh sebuah syarikat perlombongan dari Jepun, Nippon Mining Company untuk dijadikan terowong. Tujuan bukit itu ditebuk untuk memendekkan perjalanan kereta api yang membawa bijih besi dari Bukit Besi ke Pangkalan Nibong.
Sebelum itu, aktiviti mengangkut bijih besi dengan kereta api dari Bukit Besi hanya berakhir di Sungai Dungun di Pangkalan Che Lijah sahaja sebelum dimasukkan ke dalam tongkang untuk dipunggah pula ke dalam kapal seterusnya diekport ke luar negara. Perjalanan kereta api ke Kampung Nibong tidak dapat diteruskan kerana terhalang oleh sebuah bukit di situ.
Oleh itu, kerja-kerja menebuk bukit itu perlu dibuat. Pembinaan terowong dilakukan oleh kakitangan Nippon Mining Company dengan bantuan penduduk tempatan. Terowong ini berjaya disiapkan pada tahun 1936 dan dinamakan Bukit Tebuk. Sebaik sahaja terowong ini siap, landasan keretapi di pasang di dalam Bukit Tebuk untuk membolehkan kereta api membawa bijih besi dari Bukit Besi melalui terowong ini terus ke Pangkalan bijih di Kampung Nibong.
Selepas aktiviti perlombongan di Bukit Besi ditutup, terowong ini tidak lagi digunakan sebagai laluan kereta api. Dalam terowong itu kemudiannya diturap jalan raya untuk memudahkan komuniti setempat menggunakan laluan ini.
Walaupun terowong ini merupakan salah satu tinggalan sejarah negara, tetapi ianya agak terbiar dan suram. Melihatkan keadaan ini pihak Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun (PSMKD) telah beberapa kali menggesa pihak berwajib dapat memulihara dan menaiktaraf terowong ini supaya dapat dijadikan lokasi pelancongan berteraskan sejarah.
Lawatan YDP Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Encik Mohd Huzairil Ibrahim di Bukit Tebuk pada 5 Januari 2022 dengan diiringi oleh Ahli Jawatankuasa PSMKD dan pemimpin komuniti setempat telah merubah segalanya apabila usaha beliau untuk mendapatkan peruntukan dari Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia telah diluluskan sebanyak RM200 ribu.
Kerja-kerja memulihara dan menaiktaraf Bukit Tebuk oleh MPD berjaya disiapkan awal tahun ini. Semoga Bukit Tebuk menjadi salah satu lokasi utama pelancongan berteraskan sejarah negara untuk dikunjungi oleh orang ramai dan juga pelancong asing.
Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
  • Kemaskini Pada : Rabu 24 April 2024, 03:37:21.

pelawat sejak 2016

01151737

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN