Litar kereta ini bermula ditubuhkan pada awal bulan 4. Anggaran kos penubuhan litar ini berjumlah RM 300 000 di kawasan rekreasi Pantai Teluk Lipat. Trek ini sepanjang 255 meter dan pentas pemandu setinggi 3meter dan 8meter panjang.
Penubuhan litar ini di atas kerjasama Majlis Perbandaran Dungun dan juga kelab model kerata kawalan jauh Dungun. Ia dibuka secara percuma kepada orang awam semasa majlis pembukaan terdahulu. Litar ini juga yang pertama di Malaysia yang berkonsepkan taman.