Pulau Tenggol

Image
Image
Image

Pulau Tenggol terletak di laut Terengganu berdekatan Dungun. Pulau Tenggol masih terpulihara dibandingkan dengan pulau-pulau lain. Ia adalah sebuah pulau di pesisir pantai Terengganu yang cukup istimewa untuk dikunjungi. Jika diperhatikan Pulau Tenggol ini mempunyai satu kawasan sahaja yang berpantai iaitu bahagian yang menghadap tanah besar. Selain dari itu hanya tebing batu. Ia terdiri dari beberapa buah pulau-pulau kecil yang menjadi syurga penyalam scuba untuk melihat kehidupan marin dengan dekat.Seperti juga Pulau Redang, Pulau Tenggol ialah sebuah taman merin (merin park) yang diwartakan.

Pulau Tenggol merupakan destinasi menyelam yang mempesonakan dan terletak haya 45 minit (menggunakan bot laju) dari persisiran pantai Kuala Dungun, tetapi hamper kalu 2 jam kalau bot biasa yang digunakan nelayan. Pulau ini kecil – hanya 3 km panjang dan 2 km lebar. Bagaimanapun ini tidak menghalamgnya dari dianggap sebagai “syurga” lebih-lebih lagi di kalangan penggemar aktiviti menyelam scuba. Pendalaman pulau ini dipenuhi tebing batu yang curam. Bentuk mukabumi yang berbatu ini menggunjur dari pedalaman pula uterus ke laut membentuk pinggir tebing yang curam di bawah laut seperti dinding kanvas bagi hidupan laut – yang tidak jemu di kunjungi penyelam scuba.

Penyelaman skuba (scuba diving ) dan snorkeling ialah antara aktiviti utama di sini. Menyaksikan sendiri dengan mata kasar hidupan laut adalah pengalaman yang boleh di lihat di sini ialah karang lembut (soft coral), nudibranch, rumpai laut (seaweed), batfish, penyu, Napoleon Wrass, clownfish dan jerung paus. Aktiviti ini mesti dirancang. Anda boleh membuat tempahan dengan boatman atau pengusaha perkhidmatan bot terlebih dahulu, bot laju untuk tujuan “day-trip diving”. Sebaik-baiknya tibalah di jeti Kuala Dungun pada awal pagi. Selepas menikmati sarapan di frestoran berdekatan jeti, anda boleh bertolak ke sana. Tempat-tempat selaman yang dilawati ialah Teluk Air Tawar, Rajawali, Tokong Batu, Tokong Timur Dan Tanjung Gemuk. Peralatan untuk aktiviti scuba diving boleh disewa atau bawa sendiri. Kadar sewaan untuk bot laju pula ialah lebih kurang RM 600- RM 650 sehari. Bot boleh memuatkan seramai 6 orang. Sewa ini termasuk bot, petrol, pemandu pelancong dan makan tengahari.

Tips

  1. Berhati-hati dengan arus deras di Tenggol sekiranya anda menyelam di sini. Kebanyakan sesi menyelam dirancang di waktu perantaraan air pasang-surut, apabila laut lebih tenang. Namun demikian, arus laut mungkin kuat - sesuai untuk selaman hanyut. Waktu yang sesuai ke sana ialah April hingga Oktober setiap tahun.

Pengangkutan

Jalan Darat

Naiki bas atau teksi ke pekan Dungun. Dari Kuantan, naiki bas di Terminal Jalan Besar. Jika anda datang dari Kuala Terengganu, naiki bas di Stesen Bas Pusat Syed Hussin.

Jalan Laut

Dari jeti Dungun, menaiki bot untuk pergi ke Pulau Tenggol.

Talian Untuk Dihubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893

Penginapan

Pulau ini mempunyai resort yang selesa, tetapi pelawat disarankan menempahnya sebagai sebahagian dari pakej percutian menyelam skuba yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan.

  • Kemaskini Pada : Selasa 26 Mac 2024, 07:21:59.

pelawat sejak 2016

01147847

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN