Objektif

Bagi memberikan perkhidmatan awam yang berkesan, Majlis Perbandaran Dungun telah menetapkan beberapa objektif selaras dengan fungsi dan peranannya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan. Objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut :

  • Menjamin perancangan dan pembangunan fizikal, sosial dan mental warga tempatan bagi menjamin kesejahteraan penduduk

  • Memastikan tahap kesihatan setempat berkeadaan sempurna dan persekitaran yang bersih, indah dan selesa

  • Menentukan perancangan pembangunan selaras dengan Pelan Rancangan Struktur dan Pelan Perancangan Pembangunan Bandar Dungun

  • Menyediakan kemudahan infrastruktur asas yang meliputi seluruh kawasan Majlis

  • Mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi penduduk di kawasan yang berpotensi

  • Mewujudkan kawasan-kawasan riadah dan rekreasi bagi memenuhi keperluan warga Dungun

  • Memberi khidmat sokongan kepada kemajuan industri pembuatan, pelancongan, pendidikan dan lain-lain

OBJEKTIF KUALITI JABATAN
Proses Utama
JABATAN/BAHAGIAN/UNITOBJEKTIF KUALITISASARAN/TEMPOH
Jabatan Perbendaharaan Menguruskan Pembayaran bagi tuntutan kerja dan bekalan 14 hari bekerja dari tarikh dokumen yang lengkap diterima sebagaimana Arahan Perbendaharaan 103 (a)
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Melaksanakan nilaian tahunan bagi cukai taksiran yang munasabah bulan setelah borang F (Borang Perakuan Siap dan pematuhan) atau sijil layak menduduki diterima
Memproses surat bantahan ke atas Nilaian Tahunan dan diputuskan 2 bulan daripada tarikh bantahan diterima
Mengeluarkan bil-bil cukai taksiran Pertama Sebelum bulan Februari bagi setiap tahun
Mengeluarkan bil-bil cukai taksiran Kedua Sebelum bulan Ogos bagi setiap tahun
Jabatan Kesihatan Awam dan Pelesenan (Bahagian Kesihatan dan Kebersihan) Memungut sisa pepejal (Sampah) supaya sentiasa bersih Setiap hari bagi kawasan awam dan kawasan perniagaan 3 kali seminggu bagi kawasan perumahan
Jabatan Kesihatan Awam dan Pelesenan (Bahagian Pelesenan) Memproses kelulusan lesen baru 1 bulan
Memproses permohonan pembaharuan lesen 1 hari dengan syarat semua kehendak dan peraturan pelesenan dipatuhi oleh pemohon
Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap (Bahagian Perancangan Bandar) Memproses permohonan kebenaran merancang 57 hari selesai melalui Unit Pusat Setempat (OSC)
Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap (Bahagian Landskap) Memastikan keceriaan dan keindahan Bandar sentiasa disenggara dan dalam keadaan baik 1 bulan
Jabatan Penguatkuasaan Menjalankan operasi bagi haiwan merayau dengan mengurangkan ternakan berkeliaran dalam kawasan MPD 1 kali dalam seminggu
Jabatan Kawalan Bangunan Memproses permohonan pelan bangunan 37 hari  selesai melalui Unit Pusat Setempat (OSC)
Jabatan Kejuruteraan Memproses permohonan pelan kejuruteraan 57 hari  selesai melalui Unit Pusat Setempat (OSC)
Proses Sokongan
JABATAN/BAHAGIAN/UNITOBJEKTIF KUALITISASARAN/TEMPOH
Jabatan Khidmat Pengurusan (Bahagian Pentadbiran) Mengurus urusan surat menyurat dan urus setiap mesyuarat jabatan Setiap hari
Jabatan Khidmat Pengurusan (Bahagian Sumber Manusia) Menyediakan latihan bagi mempertingkatkan kompetensi dan kemahiran kakitangan 80 % kakitangan mendapat melebihi 8 hari latihan setiap tahun
Pejabat Yang Dipertua (Bahagian Teknologi Maklumat) Menyelesaikan setiap aduan kakitangan yang melibatkan perisian dan perkakasan komputer Kerosakan perisian – 14 hari
Kerosakan perkakasan – 14 hari bekerja
Pejabat Yang Dipertua (Unit Korporat dan Perhubungan Awam) Menerima aduan dan mengkaji kepuasan pelanggan 14 hari bekerja bagi aduan yang tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan
  • Kemaskini Pada : Rabu 05 Oktober 2022, 01:10:10.

pelawat sejak 2016

01024824

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my