Hebahan Kakitangan MPD: Tatacara Penggunaan Komputer Dengan Betul

Tatacara penggunaan komputer dengan betul

Tatacara penggunaan komputer yang betul adalah sangat penting terutamanya kepada pekerja yang menggunakan komputer sepanjang pekerjaan seharian mereka. Pengabaian tatacara penggunaan komputer dengan betul boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan dan kesihatan pekerja. Ia sangat penting untuk diketahui dan diikuti kerana boleh menyebabkan keletihan mata (eyestrain), Repetitive strain Injury (RSI), sakit belakang dan sebagainya.
 
RSI merupakan kesakitan yang dirasai berkaitan dengan saraf, otot dan tendon yang disebabkan oleh pergerakan berulang-ulang dan berlebihan. Kesakitan ini memberi kesan kepada bahagian atas badan seperti lengan, siku, pergelangan tangan, tangan, leher dan bahu. Terdapat juga sebahagian kajian yang menyatakan bahawa duduk yang lama adalah tidak baik untuk kesihatan tanpa mengira berapa banyak senaman yang telah dilakukan. 
 
Jika anda bekerja di komputer sepanjang hari, pastikan tempat duduk anda, papan kekunci, tetikus dan skrin diletakkan dengan betul supaya ia mengurangkan ketegangan kepada badan dan anggota badan. Berikut adalah tips cara duduk dan tata cara menggunakan komputer dengan baik dan betul :
 
Minah
 
1. Sokong belakang anda.
Jika mempunyai sokongan pada bahagian belakang, ia boleh mengurangkan risiko sakit belakang dengan menyelaraskan (ketinggian dan posisi belakang) kerusi anda. Kerusi yang dilaraskan dengan betul akan mengurangkan tekanan pada bahagian belakang anda. Manakala pada bahagian lutut pula, anda harus sedikit lebih rendah berbanding dengan bahagian pinggul. Jika perlu, gunakan tempat kaki. 
 
2. Laraskan kerusi anda.
Laraskan ketinggian kerusi anda supaya boleh menggunakan papan kekunci (keyboard) dengan pergelangan tangan dan lengan dengan lurus. Dengan pelarasan kerusi yang bersesuaian, ia boleh membantu mengelakkan terjadinya Repetitive strain Injury (RSI). Disamping itu, siku anda harus sentiasa berada ditepi badan supaya lengan dapat membentuk L-shape pada sendi siku. 
 
3. Rehatkan kaki anda diatas lantai.
Letakkan kaki anda rata di atas lantai. Sekiranya anda mempunyai tempat letak kaki, ianya akan membantu anda untuk meletakkan kaki dengan lebih selesa. Elakkan bersilang kaki, kerana ini boleh menyumbang kepada masalah yang berkaitan postur.
 
4. Letakkan skrin komputer selaras dengan mata.
Letakkan skrin komputer di hadapan anda. Panduan yang baik adalah untuk meletakkan skrin lebih kurang satu lengan jaraknya dengan mata anda. Pastikan bahagian atas skrin adalah selaras dengan paras mata anda. Jika skrin diletakkan terlalu tinggi atau terlalu rendah, anda perlu membengkokkan leher anda, yang boleh menjadikan anda tidak selesa.
 
5. Letakkan papan kekunci dihadapan anda.
Letakkan papan kekunci di hadapan anda apabila menaip. Tinggalkan jarak kira-kira 4-6 inci (100mm-150mm) di hadapan meja untuk merehatkan pergelangan tangan anda setelah penat menaip.
 
6. Letakkan tetikus hampir dengan anda.
Letakkan tetikus sehampir yang mungkin dengan anda. Penggunaan pad tetikus dan pad pergelangan tangan akan membantu anda meluruskan pergelangan tangan dan mengelakkan pembengkokan. Sekiranya anda tidak menggunakan papan kekunci, ketepikan bagi membolehkan tetikus diletakkan hampir dengan anda.
 
7. Pastikan skrin bebas silai atau pantulan cahaya. 
Pastikan skrin anda bebas daripada silau. Letakkan skrin anda pada kedudukan yang boleh mengurangkan silau. Laraskan kecerahan skrin supaya ia boleh digunakan dengan selesa.
 
8. Ambil rehat yang kerap.
 
Pastikan anda tidak duduk dalam kedudukan yang sama untuk tempoh yang panjang. Tukar postur duduk anda sekerap yang praktik. Rehat yang kerap membolehkan otot anda berehat dan ianya juga baik untuk belakang anda.
  • Kemaskini Pada : Selasa 26 Mac 2024, 07:21:59.

pelawat sejak 2016

01147854

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN