Pengangkutan

Pengangkutan Bas Ekspres

Antara perkhidmatan bas ekspres yang ada ialah Utama Ekspres, Mutiara Ekspres, Mara Liner, Transnasional dan banyak lagi. Terminal bas ekspres terletak di pusat Bandar Dungun iaitu di Jalan Baru Pak Sabah untuk memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan ini.

Pengangkutan Awam lain

Antara pengangkutan awam lain yang boleh di dapati di Daerah Dungun ialah perkhidmatan bas lompat, teksi dan van penumpang.

Bas lompat akan membawa penumpang dari Bandar Dungun ke Kuala Terengganu dan Dungun ke Kemaman melalui jalan kampung.

Begitu juga dengan perkhidmatan teksi yang terdapat di sini. Teksi akan membawa penumpang dari Dungun ke Kuala Terengganu dengan jarak perjalanan sejauh 90km dan 80km ke kemaman ataupun mengikut kemahuan penumpang tersebut.

Van penumpang adalah perkhidmatan yang disediakan untuk membawa penumpang dari kawasan pendalaman memandangkan tiada pengangkutan awam yang disediakan di kawasan tersebut.

  • Kemaskini Pada : Khamis 18 April 2024, 01:41:57.

pelawat sejak 2016

01150739

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
Jalan Yahaya Ahmad,
23000 Dungun, Terengganu.

T : 09-8481931
F : 09-8483210
E : mpdungun@terengganu.gov.my

Majlis Perbandaran Dungun

MyGov Portal
TERENGGANU PAY

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN